Thursday 16 October 2014

REMAKING NEW BLOG ✉

Bismillah ,
Baiklah , for this years . Selama beberapa abad . Aku tak sentuh blog ni sampai berhabuk . So , I would like to announce uolls yang I changed this blog . From Super Something to ZAYN PRODUCTION . Bila nak difikir balik bagus aku buat blog ni untuk kegunaan yang baik setalah blog design aku , aku lupa password (◑_◑) Hahaha . Okay .  So , WELCOME ABOARD :P

HANYA SEKADAR GAMBAR .

Friday 17 August 2012

Resepi Kek Coklat Moist Mudah dan Sedap

Assalamualaikum !! Sebelum Tu Yanna nak ucapkan Selamat Hari Raya ! Nahh , Korang Boleh Copy Kalo Nak ><




Memandang Kita nak raya 2 hari lg , jadi Yanna nk share kek coklat ni kat korang ( Sepatutnya fisrt ramadhan share ishhh -,- )  IsSoKayy , jom kita tengok apa ingredient2 nya~ dan cara2 nya ~
 Bahan - Bahan :


3/4 cawan serbuk koko Hershey's ( aku suka guna Hershey's, so terpulanglah nak guna jenis lain ye)
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan gula ( selalu aku guna 1 3/4 je, tapi kek kira takdelah manis sangat)
1 1/2 sudu camca baking powder
1 1/2 sudu camca baking soda (sodium bikarbonat)
1 sudu camca garam
2 biji telur
1 cawan susu (aku guna susu segar)
1/2 cawan minyak sayur ( aku guna sunflower oil)
2 sudu camca esen vanilla
1 cawan boiling water.

Cara - Cara : 

1) pukul telur sampai kembang.

2) campurkan semua dry ingredients tadi iaitu serbuk koko, tepung gandum, gula, baking powder, baking soda, garam. kacau sampai sebati.

3) kemudian bahan-bahan kering tadi dicampurkan telur, susu, esen vanilla, minyak sayur dan pukul sampai sebati. lebih elok gunakan mixer with medium speed selama 2 minit. kalau takde mixer, pukul biasa pun layanlah tapi pastikan sebati tau.

4) kemudian dah sebati bahan-bahan tadi, masukkan boiling water tadi ye.. kacau lagi sampai sebati. memang bancuhan tadi akan sedikit cair ye..

5) sapu minyak pada loyang dan alaskan kertas eh untuk elakkan melekat nanti.. tuang bancuhan tadi ke dalam loyang.

6) preheat oven 177-180 celcius selama beberapa minit.

7) bakar kek dalam oven 177-180 celcius selama 30-35 minit, gunakan api atas dan bawah.

KALAU NAK DIJADIKAN DALAM BENTUK CUPCAKE PON BOLEH.

penuhkan bancuhan 2/3 penuh cup. bakar untuk 177-180 celcius selama 22-25 minit.
bancuhan ni bolehlah dapat dalam 30 cupcakes.

CUP berdiameter 2 1/2 inci.




TOPPING FRESH CREAM + KOKO

kemudian aku tambahkan toppingnya. topping kek kawan aku tu, aku gunakan fresh cream campurkan dengan hot choc punya powder tu. so tak perlu dah tambah gula. manis pun sedang-sedang saja. takdelah pahit takdelah manis sangat.

CHOCOLATE FROSTING (bolehlah nak buat topping juga ni, tapi aku tak pernah try yang ni lagi)

bahan-bahannya:
1/2 cawan butter
2/3 cawan hershey's koko
3 cawan powdered sugar
1/3 cawan susu
1 sudu camca esen vanilla

cara-caranya:
1) cairkan butter dan kacau dengan serbuk koko
2) alternately campurkan powdered sugar dengan susu (pukul dengan mixer guna medium speed)
3) tambah susu lagi kalau perlu.
4) campurkan dengan esen vanilla.


Tadaaaa , Kann ? Selamat mencuba ek ... kalo jadi cakap eh :) 

Credit to : Blog Intan Berlian ~

Saturday 23 June 2012

Nak Kekal Cantik ? Cun ?

Hey , Assalamualaikum. Hari ni nak wat entry tentang gugurl ni , atau Anak dara. Yanna jumpa Cerita ni Kat Facebook. Bila Bosan Yanna suka terjah pages ni lah , tulahh  . Okayy Jom tengok Apa Yg best sangat berkenaan tajuk ni.
Heheh , Petua ?




> Menjaga Suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”. Juga jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. 

> Menjaga Kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. 

> Menjaga Muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan. 

>Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. 

 > Menjaga Cara Berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. 

> Menjaga Gerak-Geri. Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. 

> Menjaga Senyuman. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik. 

> Menjaga Mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. 

> Jangan Terlalu Kerap Menjeling. Walaupun kepada buah hati anda. 

> Menjaga Kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. 

> Menjaga Sikap. Taat beragama. Jangan bohong. 

> Jangan Merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.



WOWW
Okayy , Itu Jelah yg dapat Yanna Kongsi kan , Itu Pon Yanna Amik Dari Satu Pages -->> TEKAN !! <<-- , Senang korang nak tengok . hehehe . Okayy La , bye . Yanna nak pergi breakfirst ni , Lagipon Bau Dah masuk ke Hidung . Mmmmm , Yummy . BYeeee !

Tuesday 12 June 2012

Tutorial >> Letak Jam dalam blog

Hey , Assalamualaikum , Hari Yanna dengan hati yg ikhlas nak share walaupon takde yg akan tengok ( dah tengok, cakap lerr )Okayy , fine . Yanna bukan ape, Yanna tahu blog Yanna tak berapa femes, tapi apa salah nyerr? ? Dah2 tu jom buat.(even takde yg mintak :3 ) Tapi sebenarnya Tuto letak jam ni senang je -.- , fine ..
  • First korang pergi kat Link ni--->> CEPAT TEKAN <<--- , dah ?
  • Sebelum tu ,  sesapa yg nak translate kan ke English tu , cepat2 la translate .
  • Kepada yg tak translate korang pilih mana satu nak? okay , tak paham tengok gambar bawah ni.
:)
  • Maksud Yanna , Pilih la korang nak yg Transparent atau white .
  • if Yanna lah , terbaik kita amik transparent , yg nak amik ada background amik ler.
  • Okayy seperti gambar diatas , Yanna dah letak anak panah merah tu untuk  Javascript dia.
  • Ikut korang la nak mana, yg atas transparent yg bawah non transparent( Eceh , speaking dah :P )
  • Then, pergi Layout =Add gadget = HTML/javasrcipt .
  • Lastly Tekan DONE and Preview , jadi? kasi tau ^^
Selamat mencuba  :)


CopyRight @ 2011-2012,Semua Yang Anda Sudah Lihat Adalah Dibawah Kekuasaan Zayy Yanna