Assalamualaikum !! Sebelum Tu Yanna nak ucapkan Selamat Hari Raya ! Nahh , Korang Boleh Copy Kalo Nak ><
Memandang Kita nak raya 2 hari lg , jadi Yanna nk share kek coklat ni kat korang ( Sepatutnya fisrt ramadhan share ishhh -,- ) IsSoKayy , jom kita tengok apa ingredient2 nya~ dan cara2 nya ~
Bahan - Bahan :
3/4 cawan serbuk koko Hershey's ( aku suka guna Hershey's, so terpulanglah nak guna jenis lain ye)
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan gula ( selalu aku guna 1 3/4 je, tapi kek kira takdelah manis sangat)
1 1/2 sudu camca baking powder
1 1/2 sudu camca baking soda (sodium bikarbonat)
1 sudu camca garam
2 biji telur
1 cawan susu (aku guna susu segar)
1/2 cawan minyak sayur ( aku guna sunflower oil)
2 sudu camca esen vanilla
1 cawan boiling water.
Cara - Cara :
1) pukul telur sampai kembang.
2) campurkan semua dry ingredients tadi iaitu serbuk koko, tepung gandum, gula, baking powder, baking soda, garam. kacau sampai sebati.
3) kemudian bahan-bahan kering tadi dicampurkan telur, susu, esen vanilla, minyak sayur dan pukul sampai sebati. lebih elok gunakan mixer with medium speed selama 2 minit. kalau takde mixer, pukul biasa pun layanlah tapi pastikan sebati tau.
4) kemudian dah sebati bahan-bahan tadi, masukkan boiling water tadi ye.. kacau lagi sampai sebati. memang bancuhan tadi akan sedikit cair ye..
5) sapu minyak pada loyang dan alaskan kertas eh untuk elakkan melekat nanti.. tuang bancuhan tadi ke dalam loyang.
6) preheat oven 177-180 celcius selama beberapa minit.
7) bakar kek dalam oven 177-180 celcius selama 30-35 minit, gunakan api atas dan bawah.
KALAU NAK DIJADIKAN DALAM BENTUK CUPCAKE PON BOLEH.
penuhkan bancuhan 2/3 penuh cup. bakar untuk 177-180 celcius selama 22-25 minit.
bancuhan ni bolehlah dapat dalam 30 cupcakes.
CUP berdiameter 2 1/2 inci.
TOPPING FRESH CREAM + KOKO
kemudian aku tambahkan toppingnya. topping kek kawan aku tu, aku gunakan fresh cream campurkan dengan hot choc punya powder tu. so tak perlu dah tambah gula. manis pun sedang-sedang saja. takdelah pahit takdelah manis sangat.
CHOCOLATE FROSTING (bolehlah nak buat topping juga ni, tapi aku tak pernah try yang ni lagi)
bahan-bahannya:
1/2 cawan butter
2/3 cawan hershey's koko
3 cawan powdered sugar
1/3 cawan susu
1 sudu camca esen vanilla
cara-caranya:
1) cairkan butter dan kacau dengan serbuk koko
2) alternately campurkan powdered sugar dengan susu (pukul dengan mixer guna medium speed)
3) tambah susu lagi kalau perlu.
4) campurkan dengan esen vanilla.
Tadaaaa , Kann ? Selamat mencuba ek ... kalo jadi cakap eh :)